Keajaiban Dunia Ketika
Kelahiran Rasulullah Sayyidina Muhammad
Kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka
rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi
seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan
risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai
kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya
tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini
disebut sebagai Irhas.
Irhas bermaksud satu
kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang
nabi
Sehubungan itu, masih
ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik
kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.
Sebenarnya banyak
keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah
s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah
sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disadari
melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur.
Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu
kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya
ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah
Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad
masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan
pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah disekitaran
kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah
lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentara
bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota
Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar
bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir
sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin
Allah.
Namun demikian, sekumpulan
burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang
disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan
dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut
mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat
sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di
angkasa.
Kemudian malaikat tersebut
berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu
daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas
manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan
satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan
Musa.
Keadaan ini diterangkan
dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan,
bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya
tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah
seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat
dilihat.
Ada juga yang berpendapat
bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh
sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya
terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat
baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit
seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bundanya melihat
awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan
“Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah
yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut
lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan
dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah
sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam
kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan
dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada
Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh
dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding
Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan
mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan
Yang Maha Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang
lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai
tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini
merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi
yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan
sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap
sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama,
pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam
tanah.
Setelah baginda lahir,
tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin
mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa
tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan
tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa
ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus
sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti
-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab
Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Sumber
http://muscom.iluvislam.com/?p=494