SYEIKH NAWAWI AL BANTANI ( Digelar Imam Nawawi Kedua )
NAMA Imam Nawawi tidak asing lagi bagi dunia Islam terutama dalam
lingkungan ulama-ulama Syafi'iyah. Ulama ini sangat terkenal kerana
banyak karangannya yang dikaji pada setiap zaman dari dahulu sampai
sekarang. Pada penghujung abad ke-18 lahir pula seorang yang bernama
Nawawi di Banten, Jawa Barat. Setelah dia menuntut ilmu yang sangat
banyak, mensyarah kitab-kitab bahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu
yang sangat banyak pula, maka dia digelar Imam Nawawi ats-Tsani, ertinya
Imam Nawawi Yang Kedua. Orang pertama memberi gelaran demikian ialah
Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Gelaran yang diungkapkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam seuntai
gubahan syairnya itu akhirnya diikuti oleh semua orang yang menulis
riwayat ulama yang berasal dari Banten itu. Sekian banyak ulama dunia
Islam sejak sesudah Imam Nawawi yang pertama (wafat 676 Hijrah/1277
Masehi) sampai sekarang ini belum ada orang lain yang mendapat gelaran
Imam Nawawi ats-Tsani, kecuali Syeikh Nawawi, ulama kelahiran Banten
yang dibicarakan ini. Rasanya gelaran demikian memang dipandang layak,
tidak ada ulama sezaman dengannya mahupun sesudahnya yang mempertikai
autoritinya dalam bidang ilmiah keislaman menurut metode tradisional
yang telah wujud zaman berzaman dan berkesinambungan.
Sungguhpun Syeikh Nawawi ats-Tsani al-Bantani diakui alim dalam semua
bidang ilmu keislaman, namun dalam dunia at-thariqah ash-shufiyah,
gurunya Syeikh Ahmad Khathib Sambas tidak melantik beliau sebagai
seorang mursyid Thariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, tetapi yang dilantik
ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, iaitu ayah saudara kepada Syeikh
Nawawi al-Bantani, yang sama-sama menerima thariqat itu kepada Syeikh
Ahmad Khathib Sambas. Apakah sebabnya terjadi demikian hanya diketahui
oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas dan Syeikh Nawawi al-Bantani. Syeikh
Nawawi al-Bantani mematuhi peraturan yang diberikan itu, sehingga beliau
tidak pernah mentawajuh/membai'ah seseorang muridnya walaupun memang
ramai murid beliau yang menjadi ulama besar yang berminat dalam bidang
keshufian.
LAHIR DAN PENDIDIKAN
Nama lengkapnya adalah Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin
Ali al-Jawi al-Bantani. Beliau adalah anak sulung seorang ulama Banten,
Jawa Barat, lahir pada tahun 1230 Hijrah/1814 Masehi di Banten dan wafat
di Mekah tahun 1314 Hijrah/1897 Masehi. Ketika kecil, beliau sempat
belajar kepada ayahnya sendiri, dan di Mekah belajar kepada beberapa
ulama terkenal pada zaman itu, di antara mereka yang dapat dicatat
adalah sebagai berikut: Syeikh Ahmad an-Nahrawi, Syeikh Ahmad
ad-Dumyati, Syeikh Muhammad Khathib Duma al-Hanbali, Syeikh Muhammad bin
Sulaiman Hasbullah al-Maliki, Syeikh Zainuddin Aceh, Syeikh Ahmad
Khathib Sambas, Syeikh Syihabuddin, Syeikh Abdul Ghani Bima, Syeikh
Abdul Hamid Daghastani, Syeikh Yusuf Sunbulawani, Syeikhah Fatimah binti
Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Yusuf bin Arsyad al-Banjari,
Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani, Syeikh Mahmud Kinan
al-Falimbani, Syeikh Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani. Demikian saja
para gurunya yang dapat dicatat daripada berbagai-bagai sumber, dan
berkemungkinan banyak yang belum dapat dicatat di sini.
Dipercayai beliau datang ke Mekah dalam usia 15 tahun dan selanjutnya
setelah menerima pelbagai ilmu di Mekah, beliau meneruskan pelajarannya
ke Syam (Syiria) dan Mesir. Setelah keluar dari Mekah kerana menuntut
ilmu yang tidak diketahui berapa lamanya, lalu beliau kembali lagi ke
Mekah. Keseluruhan masa beliau tinggal di Mekah dari mulai belajar,
mengajar dan mengarang hingga sampai kemuncak kemasyhurannya lebih dari
setengah abad lamanya. Diriwayatkan bahawa setiap kali beliau mengajar
di Masjidil Haram sentiasa dikelilingi oleh pelajar yang tidak kurang
daripada dua ratus orang. Kerana sangat terkenalnya beliau pernah
diundang ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk memberi ceramah atau
fatwa-fatwa pada beberapa perkara yang tertentu.
Belum jelas tahun berapa beliau diundang oleh ahli akademik di
Universiti al-Azhar itu, namun difahamkan bahawa beliau sempat bertemu
dengan seorang ulama terkenal di al-Azhar (ketika itu sebagai Syeikhul
Azhar), iaitu Syeikh Ibrahim al-Baijuri (wafat 1860 Masehi) yang sangat
tua dan lumpuh kerana tuanya. Kemungkinan Syeikh Ibrahim al-Baijuri,
Syeikhul Azhar yang terkenal itu termasuk salah seorang di antara guru
kepada Syeikh Nawawi al-Bantani.
MURID MURID
Diriwayatkan bahawa Syeikh Nawawi al-Bantani mengajar di Masjidil Haram
menggunakan bahasa Jawa dan Sunda ketika memberi keterangan terjemahan
kitab-kitab bahasa Arab. Barangkali ulama Banten yang terkenal itu
kurang menguasai bahasa Melayu yang lebih umum dan luas digunakan pada
zaman itu. Oleh sebab kurang menguasai bahasa Melayu, maka tidak berapa
ramai muridnya yang berasal dari luar pulau Jawa (seperti Sumatera dan
Semenanjung Tanah Melayu dan Patani). Tetapi Tok Kelaba al-Fathani
menyebut bahawa beliau menerima satu amalan wirid daripada Syeikh Abdul
Qadir bin Mustafa al-Fathani, dan Syeikh Abdul Qadir itu menerimanya
daripada Syeikh Nawawi al-Bantani. Syeikh Abdul Qadir al-Fathani (Tok
Bendang Daya II) sebenarnya bukan peringkat murid kepada Syeikh Nawawi
al-Bantani tetapi adalah peringkat sahabatnya. Syeikh Nawawi al-Bantani
(1230 Hijrah/1814 Masehi) lebih tua sekitar empat tahun saja daripada
Syeikh Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya II, 1234 Hijrah/1817
Masehi). Adapun murid Syeikh Nawawi al-Bantani di pulau Jawa yang
menjadi ulama yang terkenal sangat ramai, di antara mereka ialah, Kiyai
Haji Hasyim Asy'ari, Pengasas Pondok Pesantren Tebuireng, Jawa Timur,
bahkan beliau ini dianggap sebagai bapa ulama Jawa dan termasuk pengasas
Nahdhatul Ulama. Murid Syeikh Nawawi al-Bantani yang terkenal pula
ialah Kiyai Haji Raden Asnawi di Kudus, Jawa Tengah, Kiyai Haji Tubagus
Muhammad Asnawi di Caringin, Purwokerto, Jawa Barat, Syeikh Muhammad
Zainuddin bin Badawi as-Sumbawi, Syeikh Abdus Satar bin Abdul Wahhab
as-Shidqi al-Makki, Sayid Ali bin Ali al-Habsyi al-Madani dan ramai
lagi.
Kyai Kholil Bangkalan, Madura
Syech Tubagus Ahmad Bakri, Purwakarta
K.H. Hasyim Asy’ari
Salah seorang cucunya, yang juga mendapat pendidikan sepenuhnya daripada
beliau ialah Syeikh Abdul Haq bin Abdul Hannan al-Jawi al-Bantani (1285
Hijrah/1868 Masehi - 1324 Hijrah/1906 Masehi). Pada halaman pertama
Al-Aqwalul Mulhaqat, Syeikh Abdul Haq al-Bantani menyebut bahawa Syeikh
Nawawi al-Bantani adalah orang tuanya (Syeikhnya), orang yang memberi
petunjuk dan pembimbingnya. Pada bahagian kulit kitab pula beliau
menulis bahawa beliau adalah `sibthun' (cucu) an-Nawawi Tsani. Selain
orang-orang yang tersebut di atas, sangat ramai murid Syeikh Nawawi
al-Bantani yang memimpin secara langsung barisan jihad di Cilegon
melawan penjajahan Belanda pada tahun 1888 Masehi. Di antara mereka yang
dianggap sebagai pemimpin pemberontak Celegon ialah: Haji Wasit, Haji
Abdur Rahman, Haji Haris, Haji Arsyad Thawil, Haji Arsyad Qasir, Haji
Aqib dan Tubagus Haji Ismail. Semua mereka adalah murid Syeikh Nawawi
al-Bantani yang dikaderkan di Mekah.
KARYA KARYA
Berapa banyakkah karya Syeikh Nawawi ats-Tsani al-Bantani yang
sebenarnya belum diketahui dengan pasti. Barangkali masih banyak yang
belum masuk dalam senarai yang ditulis oleh penulis-penulis sebelum ini.
Saya telah memiliki karya ulama Banten ini sebanyak 30 judul. Judul
yang telah saya masukkan dalam buku berjudul Katalog Besar Persuratan
Melayu, sebanyak 44 judul. Semua karya Syeikh Nawawi al-Bantani ditulis
dalam bahasa Arab dan merupakan syarahan daripada karya orang lain.
Belum ditemui walau sebuah pun karyanya yang diciptakan sendiri. Juga
belum ditemui karyanya dalam bahasa Melayu, Jawa ataupun Sunda. Oleh
sebab kekurangan ruangan di antara 44 judul di bawah ini saya catat
sekadarnya saja, ialah:
1. Targhibul Musytaqin, selesai Jumaat, 13 Jamadilakhir 1284 Hijrah/1867
Masehi. Cetakan awal Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1311
Hijrah.
2. Fat-hus Shamadil `Alim, selesai awal Jamadilawal 1286 Hijrah/1869
Masehi. Dicetak oleh Mathba'ah Daril Kutubil Arabiyah al-Kubra, Mesir
1328 Hijrah.
3. Syarah Miraqil `Ubudiyah, selesai 13 Zulkaedah 1289 Hijrah/1872
Masehi. Cetakan pertama Mathba'ah al-Azhariyah al-Mashriyah, Mesir 1308
Hijrah.
4. Madarijus Su'ud ila Iktisa'il Burud, mulai menulis 18 Rabiulawal 1293
Hijrah/1876 Masehi. Dicetak oleh Mathba'ah Mustafa al-Baby al-Halaby,
Mesir, akhir Zulkaedah 1327 Hijrah.
5. Hidayatul Azkiya' ila Thariqil Auliya', mulai menulis 22 Rabiulakhir
1293 Hijrah/1876 Masehi, selesai 13 Jamadilakhir 1293 Hijrah/1876
Masehi. Diterbitkan oleh Mathba'ah Ahmad bin Sa'ad bin Nabhan, Surabaya,
tanpa menyebut tahun penerbitan.
6. Fat-hul Majid fi Syarhi Durril Farid, selesai 7 Ramadan 1294
Hijrah/1877 Masehi. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah,
Mekah, 1304 Hijrah.
7. Bughyatul `Awam fi Syarhi Maulidi Saiyidil Anam, selesai 17 Safar
1294 Hijrah/1877 Masehi. Dicetak oleh Mathba'ah al-Jadidah al-'Amirah,
Mesir, 1297 Hijrah.
8. Syarah Tijanud Darari, selesai 7 Rabiulawal 1297 Hijrah/1879 Masehi.
Cetakan pertama oleh Mathba'ah `Abdul Hamid Ahmad Hanafi, Mesir, 1369
Masehi.
9. Syarah Mishbahu Zhulmi `alan Nahjil Atammi, selesai Jamadilawal 1305
Hijrah/1887 Masehi. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah,
Mekah, 1314 Hijrah atas biaya saudara kandung pengarang, iaitu Syeikh
Abdullah al-Bantani.
10. Nasha-ihul `Ibad, selesai 21 Safar 1311 Hijrah/1893 Masehi. Cetakan
kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1323 Hijrah.
11. Al-Futuhatul Madaniyah fisy Syu'bil Imaniyah, tanpa tarikh. Dicetak
di bahagian tepi kitab nombor 10, oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah,
Mekah, 1323 Hijrah.
12. Hilyatus Shibyan Syarhu Fat-hir Rahman fi Tajwidil Quran, tanpa
tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1332 Hijrah.
13. Qatrul Ghaits fi Syarhi Masaili Abil Laits, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1321 Hijrah.
14. Mirqatu Su'udi Tashdiq Syarhu Sulamit Taufiq, tanpa tarikh. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah 1304 Hijrah.
15. Ats-Tsimarul Yani'ah fir Riyadhil Badi'ah, tanpa tarikh. Cetakan
pertama oleh Mathba'ah al-Bahiyah, Mesir, Syaaban 1299 Hijrah. Dicetak
juga oleh Mathba'ah Mustafa al-Baby al-Halaby, Mesir, 1342 Hijrah.
16. Tanqihul Qaulil Hatsits fi Syarhi Lubabil Hadits, tanpa tarikh.
Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, tanpa
tarikh.
17.Bahjatul Wasail bi Syarhi Masail, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah al-Haramain, Singapura-Jeddah, tanpa tarikh.
18. Fat-hul Mujib Syarhu Manasik al- 'Allamah al-Khatib, tanpa tarikh.
Dicetak oleh Mathba'ah at-Taraqqil Majidiyah, Mekah, 1328 Hijrah.
19. Nihayatuz Zain Irsyadil Mubtadi-in, tanpa tarikh. Diterbitkan oleh Syarikat al-Ma'arif, Bandung, Indonesia, tanpa tarikh.
20. Al-Fushushul Yaqutiyah `alar Raudhatil Bahiyah fi Abwabit
Tashrifiyah, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah al-Bahiyah, Mesir,
awal Syaaban 1299 Hijrah.
Penyumbang Ilmu Fiqh
Syekh Nawawi termasuk ulama tradisional besar yang telah memberikan
sumbangan sangat penting bagi perkembangan ilmu fiqh di Indonesia.
Mereka memperkenalkan dan menjelaskan, melalui syarah yang mereka tulis,
berbagai karya fiqh penting dan mereka mendidik generasi ulama yang
menguasai dan memberikan perhatian kepada fiqh.
Ia menulis kitab fiqh yang digunakan secara luas, Nihayat al-Zain. Kitab
ini merupakan syarah kitab Qurrat al-‘Ain, yang ditulis oleh ulama
India Selatan abad ke-16, Zain ad-Din al-Malibari (w. 975 M). ulama
India ini adalah murid Ibnu Hajar al-haitami (wafat 973 M), penulis
Tuhfah al-Muhtaj, tetapi Qurrat dan syarah yag belakangan ditulis
al-Malibari sendiri tidak didasarkan pada Tuhfah.
Qurrat al-‘Ain belakangan dikomentari dan ditulis kembali oleh
pengarangnya sendiri menjadi Fath al-Muin. Dua orang yang sezaman dengan
Syekh Nawawi Banten di Makkah tapi lebih muda usianya menulis hasyiyah
(catatan) atas Fath al-Mu’in. Sayyid Bakri bin Muhammad Syatha
al-Dimyathi menulis empat jilid I’aanah at-Thalibbin yang berisikan
catatan pengarang dan sejumlah fatwa mufti Syafi’i di Makkah saat itu,
Ahmad bin Zaini Dahlan. Inilah kitab yang popular sebagai rujukan utama.
Syekh Nawawi Banten juga menulis dalam bahasa Arab Kasyifah as-Saja’,
syarah atas dua karya lain yang juga penting dalam ilmu fiqh. Yang satu
teks pengantar Sullamu at-Taufiq yang ditulis oleh ‘Abdullah bin Husain
bin Thahir Ba’lawi (wafat 1272 H/ 1855 M). yang lain ialah Safinah
an-Najah ditulis oleh Salim bin Abdullah bin Samir, ulama Hadrami yang
tinggal di Batavia (kini: Jakarta) pada pertengahan abad ke-19.
Kitab daras (text book) ar-Riyadh al Badi’ah fi Ushul ad-Din wa Ba’dh
Furu’ asy-Syari’ah yang membahas butir pilihan ajaran dan kewajiban
agama diperkenalkan oleh Kyai Nawawi Banten pada kaum muslimin
Indonesia. Tak banyak diketahui tentang pengarangnya, Muhammad
Hasbullah. Barangkali ia sezaman dengan atau sedikit lebih tua dari
Syekh Nawawi banten. Ia terutama dikenal karena syarah Nawawi, Tsamar
al-Yani’ah. Karyanya hanya dicetak di pinggirnya.
Sullam al-Munajat merupakan syarah Nawawi atas pedoman ibadah Safinah
ash-Shalah karangan Abdullah bin ‘Umar al-Hadrami, sedangkan Tausyih Ibn
Qasim merupakan komentarnya atas Fath al-Qarib. Walau bagaimanapun,
masih banyak yang belum kita ketahui tentang Syekh Nawawi Banten.
(ditulis oleh Martin Muntadhim S.M.)
Nasionalisme
Tiga tahun bermukim di Mekah, beliau pulang ke Banten. Sampai di tanah
air beliau menyaksikan praktek-praktek ketidakadilan,
kesewenang-wenangan dan penindasan dari Pemerintah Hindia Belanda. Ia
melihat itu semua lantaran kebodohan yang masih menyelimuti umat. Tak
ayal, gelora jihadpun berkobar. Beliau keliling Banten mengobarkan
perlawanan terhadap penjajah. Tentu saja Pemerintah Belanda membatasi
gara-geriknya. Beliau dilarang berkhutbah di masjid-masjid. Bahkan
belakangan beliau dituduh sebagai pengikut Pangeran Diponegoro yang
ketika itu memang sedang mengobarkan perlawanan terhadap penjajahan
Belanda (1825- 1830 M).
Sebagai intelektual yang memiliki komitmen tinggi terhadap
prinsip-prinsip keadilan dan kebenaran, apa boleh buat Syaikh Nawawi
terpaksa menyingkir ke Negeri Mekah, tepat ketika perlawanan Pangeran
Diponegoro padam pada tahun 1830 M. Ulama Besar ini di masa mudanya juga
menularkan semangat Nasionalisme dan Patriotisme di kalangan Rakyat
Indonesia. Begitulah pengakuan Snouck Hourgronje. Begitu sampai di Mekah
beliau segera kembali memperdalam ilmu agama kepada guru-gurunya.
Beliau tekun belajar selama 30 tahun, sejak tahun 1830 hingga 1860 M.
Ketika itu memang beliau berketepatan hati untuk mukim di tanah suci,
satu dan lain hal untuk menghindari tekanan kaum penjajah Belanda. Nama
beliau mulai masyhur ketika menetap di Syi'ib ‘Ali, Mekah. Beliau
mengajar di halaman rumahnya. Mula-mula muridnya cuma puluhan, tapi
makin lama makin jumlahnya kian banyak. Mereka datang dari berbagai
penjuru dunia. Maka jadilah Syaikh Nawawi al-Bantani al-Jawi sebagai
ulama yang dikenal piawai dalam ilmu agama, terutama tentang tauhid,
fiqih, tafsir, dan tasawwuf.
Nama beliau semakin melejit ketika beliau ditunjuk sebagai pengganti
Imam Masjidil Haram, Syaikh Khâtib al-Minagkabawi. Sejak itulah beliau
dikenal dengan nama resmi ‘Syaikh Nawawi al-Bantani al-Jawi.’ Artinya
Nawawi dari Banten, Jawa. Piawai dalam ilmu agama, masyhur sebagai
ulama. Tidak hanya di kota Mekah dan Medinah saja beliau dikenal, bahkan
di negeri Mesir nama beliau masyhur di sana. Itulah sebabnya ketika
Indonesia memproklamirkan kemerdekaannya. Mesir negara yang pertama-tama
mendukung atas kemerdekaan Indonesia.
Syaikh Nawawi masih tetap mengobarkan nasionalisme dan patriotisme di
kalangan para muridnya yang biasa berkumpul di perkampungan Jawa di
Mekah. Di sanalah beliau menyampaikan perlawanannya lewat
pemikiran-pemikirannya. Kegiatan ini tentu saja membuat pemerintah
Hindia Belanda berang. Tak ayal, Belandapun mengutus Snouck Hourgronje
ke Mekah untuk menemui beliau.
Ketika Snouck–yang kala itu menyamar sebagai orang Arab dengan nama ‘Abdul Ghafûr-bertanya:
“Mengapa beliau tidak mengajar di Masjidil Haram tapi di perkampungan Jawa?”.
Dengan lembut Syaikh Nawawi menjawab:
“Pakaianku yang jelek dan kepribadianku tidak cocok dan tidak pantas dengan keilmuan seorang professor berbangsa Arab”.
Lalu kata Snouck lagi:
”Bukankah banyak orang yang tidak sepakar seperti anda akan tetapi juga mengajar di sana?”.
Syaikh Nawawi menjawab :
“Kalau mereka diizinkan mengajar di sana, pastilah mereka cukup berjasa".
Dari beberapa pertemuan dengan Syaikh Nawawi, Orientalis Belanda itu
mengambil beberapa kesimpulan. Menurutnya, Syaikh Nawawi adalah Ulama
yang ilmunya dalam, rendah hati, tidak congkak, bersedia berkorban demi
kepentingan agama dan bangsa. Banyak murid-muridnya yang di belakang
hari menjadi ulama, misalnya K.H. Hasyim Asy’ari (Pendiri Nahdhatul
Ulama), K.H. Ahmad Dahlan (Pendiri Muhammadiyah), K.H. Khalil Bangkalan,
K.H. Asnawi Kudus, K.H. Tb. Bakrie Purwakarta, K.H. Arsyad Thawil, dan
lain-lainnya.
Konon, K.H. Hasyim Asy’ari saat mengajar santri-santrinya di Pesantren
Tebu Ireng sering menangis jika membaca kitab fiqih Fath al-Qarîb yang
dikarang oleh Syaikh Nawawi. Kenangan terhadap gurunya itu amat mendalam
di hati K.H. Hasyim Asy’ari hingga haru tak kuasa ditahannya setiap
kali baris Fath al-Qarib ia ajarkan pada santri-santrinya.
Syaikh Nawawi al-Bantani al-Jawi menikah dengan Nyai Nasimah, gadis asal
Tanara, Banten dan dikaruniai 3 anak: Nafisah, Maryam, Rubi’ah. Sang
istri wafat mendahului beliau.
Gelar-Gelar
Berkat kepakarannya, beliau mendapat bermacam-macam gelar. Di antaranya
yang diberikan oleh Snouck Hourgronje, yang menggelarinya sebagai Doktor
Ketuhanan. Kalangan Intelektual masa itu juga menggelarinya sebagai
al-Imam wa al-Fahm al-Mudaqqiq (Tokoh dan pakar dengan pemahaman yang
sangat mendalam). Syaikh Nawawi bahkan juga mendapat gelar yang luar
biasa sebagaia al-Sayyid al-‘Ulama al-Hijâz (Tokoh Ulama Hijaz). Yang
dimaksud dengan Hijaz ialah Jazirah Arab yang sekarang ini disebut Saudi
Arabia. Sementara para Ulama Indonesia menggelarinya sebagai Bapak
Kitab Kuning Indonesia.
Karamah
Konon, pada suatu waktu pernah beliau mengarang kitab dengan menggunakan
telunjuk beliau sebagai lampu, saat itu dalam sebuah perjalanan. Karena
tidak ada cahaya dalam syuqduf yakni rumah-rumahan di punggung unta,
yang beliau diami, sementara aspirasi tengah kencang mengisi kepalanya.
Syaikh Nawawi kemudian berdoa memohon kepada Allah Ta’ala agar telunjuk
kirinya dapat menjadi lampu menerangi jari kanannya yang untuk menulis.
Kitab yang kemudian lahir dengan nama Marâqi al-‘Ubudiyyah syarah Matan
Bidâyah al-Hidayah itu harus dibayar beliau dengan cacat pada jari
telunjuk kirinya. Cahaya yang diberikan Allah pada jari telunjuk kiri
beliau itu membawa bekas yang tidak hilang. Karamah beliau yang lain
juga diperlihatkannya di saat mengunjungi salah satu masjid di Jakarta
yakni Masjid Pekojan. Masjid yang dibangun oleh salah seorang keturunan
cucu Rasulullah saw Habib Utsmân bin ‘Agîl bin Yahya al-‘Alawi, Ulama
dan Mufti Betawi (sekarang ibukota Jakarta), itu ternyata memiliki
kiblat yang salah. Padahal yang menentukan kiblat bagi mesjid itu adalah
Sayyid Utsmân sendiri.
Tak ayal , saat seorang anak remaja yang tak dikenalnya menyalahkan
penentuan kiblat, kagetlah Sayyid Utsmân. Diskusipun terjadi dengan seru
antara mereka berdua. Sayyid Utsmân tetap berpendirian kiblat Mesjid
Pekojan sudah benar. Sementara Syaikh Nawawi remaja berpendapat arah
kiblat mesti dibetulkan. Saat kesepakatan tak bisa diraih karena
masing-masing mempertahankan pendapatnya dengan keras, Syaikh Nawawi
remaja menarik lengan baju lengan Sayyid Utsmân. Dirapatkan tubuhnya
agar bisa saling mendekat.
“Lihatlah Sayyid!, itulah Ka?bah tempat Kiblat kita. Lihat dan
perhatikanlah! Tidakkah Ka?bah itu terlihat amat jelas? Sementara Kiblat
masjid ini agak kekiri. Maka perlulah kiblatnya digeser ke kanan agar
tepat menghadap ke Ka?bah". Ujar Syaikh Nawawi remaja.
Sayyid Utsmân termangu. Ka?bah yang ia lihat dengan mengikuti telunjuk
Syaikh Nawawi remaja memang terlihat jelas. Sayyid Utsmân merasa takjub
dan menyadari , remaja yang bertubuh kecil di hadapannya ini telah
dikaruniai kemuliaan, yakni terbukanya nur basyariyyah. Dengan karamah
itu, di manapun beliau berada Ka?bah tetap terlihat. Dengan penuh
hormat, Sayyid Utsmân langsung memeluk tubuh kecil beliau. Sampai saat
ini, jika kita mengunjungi Masjid Pekojan akan terlihat kiblat digeser,
tidak sesuai aslinya.
Telah menjadi kebijakan Pemerintah Arab Saudi bahwa orang yang telah
dikubur selama setahun kuburannya harus digali. Tulang belulang si mayat
kemudian diambil dan disatukan dengan tulang belulang mayat lainnya.
Selanjutnya semua tulang itu dikuburkan di tempat lain di luar kota.
Lubang kubur yang dibongkar dibiarkan tetap terbuka hingga datang
jenazah berikutnya terus silih berganti. Kebijakan ini dijalankan tanpa
pandang bulu. Siapapun dia, pejabat atau orang biasa, saudagar kaya atau
orang miskin, sama terkena kebijakan tersebut. Inilah yang juga menimpa
makam Syaikh Nawawi. Setelah kuburnya genap berusia satu tahun,
datanglah petugas dari pemerintah kota untuk menggali kuburnya. Tetapi
yang terjadi adalah hal yang tak lazim. Para petugas kuburan itu tak
menemukan tulang belulang seperti biasanya. Yang mereka temukan adalah
satu jasad yang masih utuh. Tidak kurang satu apapun, tidak lecet atau
tanda-tanda pembusukan seperti lazimnya jenazah yang telah lama dikubur.
Bahkan kain putih kafan penutup jasad beliau tidak sobek dan tidak
lapuk sedikitpun.
Terang saja kejadian ini mengejutkan para petugas. Mereka lari
berhamburan mendatangi atasannya dan menceritakan apa yang telah
terjadi. Setelah diteliti, sang atasan kemudian menyadari bahwa makam
yang digali itu bukan makam orang sembarangan. Langkah strategis lalu
diambil. Pemerintah melarang membongkar makam tersebut. Jasad beliau
lalu dikuburkan kembali seperti sediakala. Hingga sekarang makam beliau
tetap berada di Ma?la, Mekah.
Demikianlah karamah Syaikh Nawawi al-Bantani al-Jawi. Tanah organisme
yang hidup di dalamnya sedikitpun tidak merusak jasad beliau. Kasih
sayang Allah Ta’ala berlimpah pada beliau. Karamah Syaikh Nawawi yang
paling tinggi akan kita rasakan saat kita membuka lembar demi lembar
Tafsîr Munîr yang beliau karang. Kitab Tafsir fenomenal ini menerangi
jalan siapa saja yang ingin memahami Firman Allah swt. Begitu juga dari
kalimat-kalimat lugas kitab fiqih, Kâsyifah al-Sajâ, yang menerangkan
syariat. Begitu pula ratusan hikmah di dalam kitab Nashâih al-‘Ibâd.
Serta ratusan kitab lainnya yang akan terus menyirami umat dengan cahaya
abadi dari buah tangan beliau.
Wafat
Masa selama 69 tahun mengabdikan dirinya sebagai guru Umat Islam telah
memberikan pandangan-pandangan cemerlang atas berbagai masalah umat
Islam. Syaikh Nawawi wafat di Mekah pada tanggal 25 syawal 1314 H/ 1897
M. Tapi ada pula yang mencatat tahun wafatnya pada tahun 1316 H/ 1899 M.
Makamnya terletak di pekuburan Ma'la di Mekah. Makam beliau
bersebelahan dengan makam anak perempuan dari Sayyidina Abu Bakar
al-Siddiq, Asma? binti Abû Bakar al-Siddîq.
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapus